Selasa, 17 Ogos 2010

●●●●PENDAHULUAN●●●●


Sejak akhir-akhir ini sedang hangat diperkatakan mengenai isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR sama ada di dada-dada akhbar, televisyen, mahupun radio.Isu ini mula dibangkitkan pada 21 Jun 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Beliau berpendapat isu in boleh mengubah sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan yang berketrampilan tinggi gagal dicapai. Objektif utama pemansuhan peperiksaan peperiksaan UPSR dan PMR yang dinyatakan oleh beliau adalah untuk mencari punca kepada kepincangan atau kelemahan dalam sistem pendidikan di negara kita. Beliau telah menyatakan pelbagai alasan bahawa perlunya pemansuhan ini dan antaranya adalah pendidikan perlu diubah untuk menghadapi proses kemajuan dalam negara dan kos yang digunakan tinggi untuk menyediakan contoh-contoh soalan dan motivasi. Namun begitu, isu ini telah menimbulkan dua pendapat iaitu terdapat segelintir pihak yang bersetuju dan sebaliknya.





◕SINOPSIS PEMANSUHAN PMR dan UPSR◕


Ujian pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin akan dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah. Tetapi, golongan pakar pendidikan seperti Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mewakili 126 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mahu UPSR dan PMR terus dikekalkan supaya rakyat serta kerajaan dapat memantau kualiti pendidikan asas pelajar. selain itu, MPM juga berpendapat bahawa pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini adalah terlalu lewat unuk menilai kualiti pendidikan serta memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki pembelajaran mereka. Bagaimanapun keputusannya nanti, bersama-samalah kita bincangkan isu ini.


Apakah alasan bagi mereka yang bersetuju dengan pemansuhan UPSR dan PMR?




PhotobucketKanak-kanak berusia dalam lingkungan bawah 12 tahun sepatutnya tidak dibebankan dengan peperiksaan yang besar seperti UPSR.


Photobucket Mereka belajar melalui segala yang dilihat, didengar dan juga yang disentuh serta belajar mengenai perkara yang mereka minat. Sesungguhnya, UPSR telah membantutkan minat kanak-kanak untuk mempelajari perkara yang diminatinya. Mereka terpaksa untuk menumpukan perhatian pada satu matlamat, iaitu lulus dengan cemerlang dalam UPSR. UPSR selama ini membebankan kanak–kanak dengan pembelajaran yang berterusan, tuisyen, lewat pulang dari sekolah kerana menghadiri kelas tambahan, seminar dan sebagainya. Kenapa kanak-kanak berusia 12 tahun ini diberi tekanan yang sedemikian?


PhotobucketTimbul pelbagai tekanan dan beban kepada pelajar terutamanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.

PhotobucketTekananPhotobucket yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru dan ibu bapa yang terlalu mendesak mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.


PhotobucketPendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing.

PhotobucketPemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar.


PhotobucketPelajar tidak perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban para pelajar dan guru.





Mengapakah terdapat segelintir masyarakat bersetuju sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan?

  • Sistem persekolahan yang terlalu tertumpu kepada peperiksaan, jadual pelajar pada setiap hari dilengkapi dengan tuisyen dari pagi hingga malam sehingga menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai masa untuk mengasah bakat dan menimba ilmu pengetahuan lain yang tidak terdapat di sekolah. Lambat-laun, sistem tersebut kemungkinan melahirkan pelajar yang kurang kreatif dan inovatif.

  • Guru-guru tidak lagi terikat kepada silibus buku tek dan mempunyai masa yang mencukupi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang lebih kreatif dan inovatif, lebih berbakat dalam pelbagai bidang.

  • Selain itu, pelajar juga belajar kerana hanya ingin lulus dalam peperiksaan dan bukan kerana untuk mendapatkan atau menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Malahan ada juga ingin lulus dalam peperiksaan untuk mudah mendapatkan pekerjaan semata-mata.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Punca-punca tidak perlu memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR

PeperiksaanUPSR dan PMR mengukur tahap kebolehan seseorang pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.

Peperiksaan ini perlu diteruskan untuk memenuhi masa persekolahan pelajar di sekolah sepanjang 11 tahun. Sepanjang persekolahan tersebut pelajar tidak akan merasa sia-sia berada di sekolah rendah dan menengah rendah. Hal ini kerana pelajar akan memiliki sijil UPSR dan PMR sebagai kayu pengukur atau kelayakan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat menentukan bidang yang akan diceburi oleh mereka pada peringkat sekolah menengah.

Guru-guru dapat menumpukan usaha untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Sebagai contoh, mengadakan kelas tambahan, tuisyen atau praktikal di sekolah. Maka dengan ini, guru-guru dan pelajar-pelajar akan saling bergerak maju untuk mencapai matlamat masing-masing. Oleh itu, peperiksaan UPSR dan PMR tidak perlu dimansuhkan kerana terdapat implikasi yang positif kepada pelajar dari segi pengalaman dalam sistem pembelajaran dan juga pengalaman dalam menghadapi peperiksaan awam.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Punca-punca bantahan pemansuhan UPSR dan PMR

  • Memantapkan kecemerlangan prestasi dan meningkatkan kualiti pelajar tersebut.

  • Pendorong kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

  • Bermula daripada peperiksaan UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas dalam pembelajaran seperti membaca, menulis, dan mengira serta dapat menentukan tahap pencapaian pelajar sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.

  • PMR pula amat penting untuk mereka memasuki ke tingkatan 4 dan 5 di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu.

  • Mengurangkan masalah sosial seperti ponteng kelas dan sikap malas belajar kerana matlamat mereka hanya ingin mencapai kecemerlangan yang secara tidak langsung dan secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat antara pelajar.


Isnin, 16 Ogos 2010

Kesan pemansuhan PMR dan UPSR menyebabkan peningkatan masalah sosial


Adakah isu pemansuhan ini menggembirakan masyarakat?Photobucket Adakah keputusan ini dipersetujui oleh semua pihak? Peperiksaan umum secara langsung akan memberi kesan kepada generasi muda kita pada masa akan datang.

sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, kemungkinan besar masalah sosial akan meningkat. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Apabila peperiksaan umum dimansuhkan, pelajar tidak lagi mengalami tekanan dalam peperiksaan umum. Adakah ini memberikan manfaat kepada para pelajar ? Mungkin tidak jawapannya kerana peperiksaan umum dapat dijadikan sebagai penggerak untuk pelajar membuat ulang kaji dan menggunakan masa terluang untuk membuat latihan, tetapi sekiranya tiada peperiksaan yang dijalankan ini memungkinkan pelajar akan jarang untuk membuka buku dan membuat ulang kaji.

Dalam pemikiran generasi muda kini, hiburan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka . Oleh itu , mereka akan membuang masa dengan melakukan perkara yang lebih menyeronokkan seperti melepak. Kadang-kala mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk melakukan perkara yang baru dalam hidup mereka seperti aktiviti lumba haram dan juga pengambilan dadah. Semua perkara ini akan menyebabkan peningkatan fenomena sosial yang berpunca daripada perubahan sistem pendidikan. Akhir kata , upsr dan pmr dimansuhkan adalah baik ataupun buruk semua bergantung kepada pemikiran generasi muda pada kini.



Kesan seterusnya kekurangan daya saingan di antara para pelajar

KEKURANGAN DAYA SAING ANTARA PELAJAR

  • Hal ini demikian kerana dapat dibuktikan bahawa pelajar yang berada di kelas hujung akan menunjukkan sikap mereka yang kurang berminat untuk belajar berbanding dengan pelajar yang berada di kelas yang lebih baik.

MENIMBULKAN SIKAP MALAS PELAJAR UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN

  • Mereka tidak merasa risau lagi kerana tiada peperiksaan yang akan diambil dan hanya perlu menduduki SPM yang masih lambat lagi untuk diduduki. Ini meninggalkan kesan seperti negara tidak dapat mencapai wawasan 2020 dan ini sekaligus akan membantutkan sistem pendidikan Malaysia.

  • Sikap mereka yang merasakan tidak perlu untuk belajar bersungguh-sungguh kerana tetap akan dapat meneruskan pembelajaran mereka ke tingkatan 4 tanpa sebarang tekanan daripada guru nahupun ibu bapa.

  • Kesannya, produktiviti seluruh sekolah mengalami penurunan dan reputasi sekolah juga terjejas kerana sikap negatif segelintir pelajar ini yang menular bagaikan virus epidemik. Penyataan ini sama seperti yang diperkatakan oleh Tun DR. Mahathir iaitu, "kita perlu memastikan bahawa sistem yang akan diperkenalkan untuk menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada yang sedia ada, termasuk mengkaji perlaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran perlaksanaan. Tidak kira sebarang keputusan sekalipun, sekurang-kurangnya satu jenis peperiksaan perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan atau kemampuan seseorang pelajar." Tun DR. Mahathir menjelaskan perkara ini.

Pembelajaran yang tidak berorientasikan peperiksaan

  • Langkah menaiktaraf sistem pembelajaran yag tidak berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.
  • Pembaharuan yang boleh dibuat seperti sistem pemarkahan daripada kehadiran dan juga tugasan tambahan seperti yang dilaksanakan di peringkat universiti.
  • Tugasan yang diberikan dapat membantu pelajar agar lebih memahami subjek yang diajar dengan lebih kreatif dan kritis berbanding daripada pembelajaran yang hanya memberi tumpuan kepada pembacaan sahaja. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa bosan seseorang pelajar yang hanya menumpukan perhatian dalam aspek pembacaan semata - mata.

Ahad, 15 Ogos 2010

Wajarkah langkah untuk mengurangkan subjek yang diambil dalam peperiksaan?

Kerajaan seharusnya mengambil langkah dengan mengurangkan pengambilan subjek dalam peperiksaan yang akan diduduki. Hal ini demikian kerana membantu pelajar agar dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada subjek yang lebih penting seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Keempat-empat subjek ini sememangnya diberikan penekanan yang lebih kerana ia merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020. Berdasarkan aspek kritikal yang disenaraikan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN) iaitu menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha untuk membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik. Perkara ini berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

Dalam arus pemodenan kini penguasaan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah penting. Selain daripada bahasa ibunda kita, Bahasa Inggeris juga semakin penting dalam arus globalisasi bagi melancarkan sistem pentadbiran negara dan peningkatan ekonomi. Tuntasnya,Cadangan ini bernas kerana mampu untuk mengurangkan tekanan pelajar kerana tidak perlu mengambil kertas peperiksaan yang terlalu banyak. Oleh itu, para pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang serta negara dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berjaya.