Ahad, 15 Ogos 2010

Wajarkah langkah untuk mengurangkan subjek yang diambil dalam peperiksaan?

Kerajaan seharusnya mengambil langkah dengan mengurangkan pengambilan subjek dalam peperiksaan yang akan diduduki. Hal ini demikian kerana membantu pelajar agar dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada subjek yang lebih penting seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Keempat-empat subjek ini sememangnya diberikan penekanan yang lebih kerana ia merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020. Berdasarkan aspek kritikal yang disenaraikan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN) iaitu menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha untuk membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik. Perkara ini berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

Dalam arus pemodenan kini penguasaan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah penting. Selain daripada bahasa ibunda kita, Bahasa Inggeris juga semakin penting dalam arus globalisasi bagi melancarkan sistem pentadbiran negara dan peningkatan ekonomi. Tuntasnya,Cadangan ini bernas kerana mampu untuk mengurangkan tekanan pelajar kerana tidak perlu mengambil kertas peperiksaan yang terlalu banyak. Oleh itu, para pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang serta negara dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan