Isnin, 16 Ogos 2010

Kesan pemansuhan PMR dan UPSR menyebabkan peningkatan masalah sosial


Adakah isu pemansuhan ini menggembirakan masyarakat?Photobucket Adakah keputusan ini dipersetujui oleh semua pihak? Peperiksaan umum secara langsung akan memberi kesan kepada generasi muda kita pada masa akan datang.

sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, kemungkinan besar masalah sosial akan meningkat. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Apabila peperiksaan umum dimansuhkan, pelajar tidak lagi mengalami tekanan dalam peperiksaan umum. Adakah ini memberikan manfaat kepada para pelajar ? Mungkin tidak jawapannya kerana peperiksaan umum dapat dijadikan sebagai penggerak untuk pelajar membuat ulang kaji dan menggunakan masa terluang untuk membuat latihan, tetapi sekiranya tiada peperiksaan yang dijalankan ini memungkinkan pelajar akan jarang untuk membuka buku dan membuat ulang kaji.

Dalam pemikiran generasi muda kini, hiburan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka . Oleh itu , mereka akan membuang masa dengan melakukan perkara yang lebih menyeronokkan seperti melepak. Kadang-kala mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk melakukan perkara yang baru dalam hidup mereka seperti aktiviti lumba haram dan juga pengambilan dadah. Semua perkara ini akan menyebabkan peningkatan fenomena sosial yang berpunca daripada perubahan sistem pendidikan. Akhir kata , upsr dan pmr dimansuhkan adalah baik ataupun buruk semua bergantung kepada pemikiran generasi muda pada kini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan