

Mereka belajar melalui segala yang dilihat, didengar dan juga yang disentuh serta belajar mengenai perkara yang mereka minat. Sesungguhnya, UPSR telah membantutkan minat kanak-kanak untuk mempelajari perkara yang diminatinya. Mereka terpaksa untuk menumpukan perhatian pada satu matlamat, iaitu lulus dengan cemerlang dalam UPSR. UPSR selama ini membebankan kanak–kanak dengan pembelajaran yang berterusan, tuisyen, lewat pulang dari sekolah kerana menghadiri kelas tambahan, seminar dan sebagainya. Kenapa kanak-kanak berusia 12 tahun ini diberi tekanan yang sedemikian?

Tekanan
yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru dan ibu bapa yang terlalu mendesak mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.
Pendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing.
Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar.
Pelajar tidak perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban para pelajar dan guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan